0 komentar



 
Bagaimana Anda Mampu Mencapai Kejayaan Disamping Mempunyai Ketenangan Jiwa Dan Empangan Tenaga Tidak Terbatas Hanya Melalui Teknik Meditasi Yang Mudah & Praktikal Serta 'Powerful'
 
 
Meditasi Islam - Kaedah Spiritual Untuk Meraih Kejayaan Duniawi
 
 
Untuk menjadi insan yang berkualiti zahir dan batin, seseorang itu perlu menyucikan diri dari kotoran rohani serta fikiran yang kotor dan merosakkan. Namun tiada apa yang mampu dilakukan oleh seseorang itu secara langsung walaupun beliau seorang yang berjaya dalam banyak bidang namun ramai diantara yang berjaya itu kehilangan sesuatu iaitu jiwa yang mantap serta bahagia yang sempurna. Ini kerana seandainya sesuatu dilakukan secara langsung untuk mencapai ketenangan jiwa, minda akan turut campur tangan. Minda tidak akan sama sekali memberi laluan untuk ketenangan jiwa. Secara tidak langsung minda adalah suasana bising yang sering menghadang seseorang itu dari mendengar suara jiwa. Hasilnya mereka akan selalu merasa tiidak aman dan cenderung melakukan kesalahan terutamanya dalam membuat keputusan. Ketenangan itu bukan keadaan minda tetapi sebenarnya ialah keadaan jiwa yang mendalam. Justeru, mereka yang mengaku mencapai ketenangan minda belum tentu mencapai ketenangan jiwa tetapi mereka yang mencapai ketenangan jiwa sudah pasti mempunyai minda yang positif dan bertenaga. Semakin dalam ketenangan jiwanya seseorang itu, semakin tinggi kesedaran serta kewaspadaannya dan semakin bermutu hidupnya. Meditasi juga merupakan satu kaedah untuk mengatasi kekuatan nafsu dan seterusnya mengatasi kehedak nafsu. Apabila nafsu menyelubungi kehidupan seseorang maka hidupnya akan tidak tenteram dan keinginannya bertambah. Keinginan yang tidak dipenuhi membawa seseorang itu kepada tekanan.
PERANG YANG PALING BESAR ADALAH PERANG MELAWAN NAFSU YANG TERLETAK ANTARA DUA LAMBUNGMU” hadith
Setiap manusia telah diberi kesedaran super sedarnya. Meskipun begitu tanpa tunjuk ajar serta sistem yang betul-betul efektif, mencapai keadaan super sedar itu tidak mampu dicapai serta kehebatan super sedar itu tidak dapat dikupas. Meditasi merupakan satu kaedah yang mudah untuk mencapai keadaan super sedar, apatah lagi dalam meditasi sebenar seseorang itu akan dilatih tentang konsentrasi yang mudah dan jitu serta kesedaran super sedar dan kesedaran bawah sedar.. Minda mengandungi gelombang fikiran yang menyebabkan seseorang menjadi tidak tenang dan sentiasa berfikir. Jika gelombang-gelombang ini diseimbangkan maka minda akan tenang dan senyap dan kegembiraan sejati akan dirasai. Untuk merendahkan gelombang itu memerlukan minda super sedar dan bukan bawah sedar. Ramai yang gagal dalam bermeditasi kerana mereka melakukan meditasi menggunakan minda bawah sedar. Kajian di barat telah membuktikan 33% hingga 50% mereka yang melakukan meditasi tanpa teknik yang betul akan mengalami peningkatan dalan tekanan darah, stress, kemurungan serta mudah baran. Maka jika anda benar-benar ingin mendalami meditasi, pastikan anda dilatih oleh mereka benar-benar mahir dan berpengalaman serta mampu memberi penjelasan untuk setiap keadaan.
Trend Masakini
Kaedah Meditasi Islam yang kami anjurkan amat sejajar dengan artikel yang ditulis oleh Kevin Voight dalam The Asian Wall Street Journal yang bertajuk The New Soul Search. Artikel ini membincangkan tentang trend terkini oleh para usahawan, ahli-ahli perniagaan, pegawai-pegawai tinggi dan syarikat-syarikat terkemuka dunia seperti Coca Cola Co., Mitsubishi Corp., Siemens AG, Hewlett-Packard Co., GlaxoSmithKline PLC tidak ketinggalan firma perunding seperti McKinsey & Co, begitu juga kumpulan syarikat besar seperti Australia & New Zealand Banking Group. Mereka sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk para eksekutifnya mendalami latihan-latihan ketenangan dan peningkatan kecerdasan spiritual.
Keperluan tentang ketenagan jiwa telah mula dirasai dalam dunia bisnes, terutama untuk membantu mengatasi stress dan tekanan pekerjaan yang dihadapi para eksekutif tersebut. Mereka tidak lagi mencari ceramah- ceramah tentang pengurusan stress yang hanya menceritakan dari aspek teori tanpa penekanan praktikal. Hasilnya tetap serupa biarpun berkali-kali menghadini ceramah sedemikian rupa. Dalam latihan Meditasi Islam perkara yang ditonjolkan ialah bagaimana mereka dapat menemukan makna dan tujuan hidup yang memberikan sense of direction, justeru dapat mengatasi pelbagai masalah serta meningkatkan produktiviti dan meningkatkan kesihatan.
Jika anda ingin kedamaian jiwa atau menghadapi apa juga bebanan emosi atau penyakit yang berpunca dan stress (cth migraine dll) atau ingin mengubah sikap dari negatif (cth tiada keyakinan diri dll) kepada positif, Meditasi Islam adalah kaedah yang patut anda tekuni kerana ía akan membantu anda MENGUASAI SERTA MENGENDALlKAN TEKANAN DAN MEMBERI JALAN KELUAR KEPADA PELBAGAI MASALAH biar seberapa benat sekalipun dengan efektif dan pnaktikal.Percayalah hanya ketenangan dapat memberi kebahagian hidup.
 
Setiap ilmu / amalan itu WAJIB bersandarkan Al-Quran & Sunnah Rasulullah saw
( dijamin tiada unsur jin, khadam atau apa jua dampingan kerana ianya berdasarkan Al-Quran & Sunnah dan dibuktikan secara saintifik 

 
 
 

 
 
Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Copyright © 2011. Khazanah Islami - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger