Tutup Mata Ketika Solat.

0 komentar

Salam
Ustaz, saya ada dengar daripada orang yang pada saya lebih berilmu dari saya mengatakan 'tak boleh' tutup mata ketika solat. Adakah ini benar?

Terima kasih

************
Abu_Umair
Panel Feqh

- Larangan memejam mata ketika solat TIDAK SAHIH daripada Nabi SAW. Diriwayatkan dalam hadith dhaif, baginda bersabda: "Apabila seseorang dari kamu berdiri di dalam solat, maka janganlah memejamkan matanya".

Ibn Abi Hatim mengatakan: hadith munkar. Dinukilkan oleh Ibn Qudamah.

Kata al-Haithami: Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam tiga kitabnya (Mukjam Saghir, Mukjam Ausat dan Mukjam Kabir), dan di dalamnya terdapat perawi bernama Laith bin Abi Sulaim, seorang mudallis dan dia meriwayatkan secara 'an'anah.

- Oleh itu, harus memejam mata ketika solat jika perbuatan itu memudahkan khusyuk, dan harus juga memandang ke tempat sujud atau ke memandang ke hadapan, atau memandang apa sahaja yang membawa kekhusyukan hati. Cuma dilarang memandang ke langit kerana sabit larangannya dalam hadis yang sahih (Bukhari).

Wallahu A'lam.

sumber 
Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Copyright © 2011. Khazanah Islami - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger