Melihat Kehidupan Melalui Pandangan Cinta

1komentar



I LOVE YOUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!‘ Jeritan pemuda, meluahkan rasa hatinya.
I PUN SAMA DENGAN YOU. I SAYANGKAN YOUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!‘ Kini, giliran pemudi meluahkan apa yang dirasa.
Masing-masing, terlena dan terlupa seketika. Masa tidak menunggu untuk mendengar segala luahan hati mereka berdua. Mereka hanyut dalam dunia cinta mereka…
Adakah cinta itu cukup dengan kata-kata sahaja?
Ada segelintir manusia berkata, ‘cinta itu bukan hanya kata-kata, tetapi cinta itu adalah perlakuan manusia’. Tetapi, mengapa mulut senang berbicara soal cinta? Kelakuan pula, tersangatlah payah dan berat. Mengapa? Soalnya, adakah kita benar-benar mengenali cinta itu? Mungkin dengan mudah dan senang, kita boleh katakan cinta itu fitrah, suci, dan juga amanah.
Tetapi, bagaimana pula kita mendirikan cinta itu? Paling hebat, kita mempergunakan Tuhan sebagai sebab dan musabab. Itu melalui kata-kata. Dari segi kelakuan kita pula, jauh berbeza. Malah, tidak selari dengan apa yang dikata. Astagfirullah… sama-samalah kita menilai diri.
Adakah sudah cukup lengkap untuk kita melihat kehidupan ini dengan pandangan mata sahaja? Jawapannya, tidak. Kita perlu sentiasa beringat, dalam dunia ini bukan terdapat diri kita seorang sahaja. Tetapi, terdapat berbagai jenis manusia. Malah, Allah jadikan setiap daripada kita itu berbeza-beza.
Walaupun moyang kita adalah Nabi Adam dan juga Siti Hawa, masih lagi terdapat perbezaan di antara kita. Sesama kita, mungkin ada yang bijak dalam pelajaran dan mungkin juga ada yang bijak dalam kecantikkan dan pelbagai. Akuilah bahawa setiap daripada kita adalah berbeza. Kita mungkin dikurniakan penglihatan untuk melihat kehidupan. Tetapi, bagaimana pula dengan mereka yang tidak dikurniakan penglihatan. Jelas?
Dalam perbezaan di antara kita, adakah perlu kita bina satu tembok besar untuk kita mengasing-asingkan diri? Kita membina jurang sesama manusia, adakah itu yang dimaksudkan dalam perbezaan? Atau, kita perlu hidup bersendirian dan usah memikirkan soal orang yang berada disekeliling kita? Dalam istilah yang lainnya, kita cuba katakan bahawa, ‘kubur masing-masing.’  Beginikah yang dimaksudkan oleh kita tentang perbezaan?
Ayuh, usah kita terlalu fikirkan keburukkan. Kesannya ia menambahkan kesakitan dalam hati kita. Mulakanlah serta fikirkanlah kebaikan sekalipun tercalit kecil keburukkan. Bukankah kita ini tidak sempurna? Jika diri mempunyai kelebihan, pasti terdapat kekurangan juga. Usah sombong!
 Justeru, cubalah melihat kehidupan ini melalui pandangan cinta. Jika kita boleh melihat cinta pada seseorang yang kita kasihi, mengapa yang lain tidak boleh? Kalau kita boleh melihat cinta pada keluarga kita, kenapa kita tidak boleh melihat cinta pada guru dan sahabat kita? Kalau kita boleh melihat cinta pada orang yang seagama dengan kita, mengapa kita tidak boleh melihat cinta pada orang yang tidak seagama dengan kita?
Kalau kita boleh melihat cinta pada orang-orang yang di atas, kenapa kita tidak boleh melihat cinta pada orang-orang yang berada di bawah? Sekalipun, orang itu adalah peminta sedekah. Hatta, andaikata seorang manusia yang tidak normal berada dihadapan kita, adakah pandangan cinta itu perlu kita lenyapkan atau padamkan?
Jangan… usah begitu. Tuhan jadikan setiap daripada kita itu berbeza-beza serta kurang sempurna atas sebab untuk kita saling mengenali dan saling mencintai. Dengan melalui pandangan cinta jugalah yang akan membawa diri kita bahagia. Segala kekurangan, kelemahan, pasti akan diterima dengan hati terbuka. Kita belajar  untuk berlapang dada. Kita belajar untuk berbaik sangka. Ia bukan sahaja menjaga hubungan sesama manusia.
Tetapi, hubungan manusia dengan MAHA PENCIPTA. Cuba fikirkan seketika, tatkala hati kita didatangi perasaan tidak suka, benci, hina pada orang lain… adakah kita sedar bahawa kita sebenarnya tidak redha dengan Allah SWT? Kalau Tuhan jadikan kita, pasti Tuhan juga jadikan orang yang kita tidak suka juga. Jadi, siapa kita untuk berkata tidak suka?
Mulakanlah dengan melihat cinta dengan mengenali MAHA PEMILIK CINTA. Jada hubungan dengan DIA, insyaallah yang lain pasti dipermudahkan oleh-Nya.
Katakanlah dalam diri, ‘aku melihat cinta kerana-Nya!’


sumber
Share this article :

+ komentar + 1 komentar

13 April 2014 pukul 04.47

betol tu thnx.. sekarang aqu faham

Posting Komentar

 
Support : Copyright © 2011. Khazanah Islami - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger