Syarat-syarat solat qasar dan jama’

0 komentar


Tujuan musafir adalah baik dan diharuskan oleh syarak dan tidak mengandungi unsur-unsur maksiat.
  • Jarak musafir tidak kurang dua marhalah iaitu 91 kilometer atau 56 batu (sila rujuk http://www.islam.gov.my/).

  • Tahu destinasi yang dituju dan ia tidak kurang dari dua marhalah. Jika musafir tanpa tujuan, tidak harus mengqasarkan atau menjama’ solat walaupun perjalanannya melebihi 2 marhalah.

  • Solat yang boleh diqasar ialah solat fardhu 4 rakaat iaitu solat zohor, asar dan isyak. Manakala solat yang boleh dijama’ ialah zohor dengan asar dan maghrib dengan isyak

  • Tahu solat jama’ dan qasar dan hukumnya harus bagi orang yang musafir

  • Berniat qasar ketika takbiratulihram dan tidak berubah-ubah sehingga selesai solat

  • Berniat jama’ taqdim ketika takbiratulihram yang pertama. Tahu bahawa dia masih kekal dalam musafir ketika melakukan solat qasar atau jama’. Jika ketika solat qasar, dia telah sedar bahawa dia sudah sampai ke tempat dia bermukim, wajiblah disempurnakan solat fardhu 4 rakaat.

  • Mengerjakan solat qasar dan jama’ diluar kawasan kampung keluarga atau diluar daerahnya

  • Berniat sebelum bertolak hendak bermukim ditempat yang dituju tidak lebih daripada 3 hari. Setelah 3 hari, sekiranya dia melanjutkan lagi tempoh menetap, wajib solat sempurna dan dan tidak harus menjama’ solat. Jika sebelum bertolak, dia berniat menetap ditempat lebih daripada 3 hari maka putuslah musafirnya sebaik tiba ditempat tersebut.  
Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Copyright © 2011. Khazanah Islami - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger