Angin mengibas lembut pipiku
Lantas kelompak mataku jatuh sedikit ke bawah
Siapa kata alam tidak mampu berbicara
Setiap tiupan angin
Setiap kicauan burung
Setiap goyangan pokok
Semuanya sedang berbicara
Alam berzikir kepada-Nya
Manusia cuba untuk mengerti
Namun apakah daya
Tidak tercapai akalnya
Setiap apa yang berlaku
Pasti ada sebabnya
Pasti ada akibatnya
Dan sudah pasti ada hikmahnya
Jika ingin biarkan hatimu tenang
Belajar tentang alam yang memberi ketangan
Teringat kisah pemandu teksi dan seorang kaya hartawan.
Kisahnya bermula dengan sebuah kereta orang kaya yang rosak, dia memerlukan seorang pemandu dan kereta untuk menghantarnya ke tempat kerja. Dikatakan cerita, seorang pemandu teksi telah dipilih. Orang kaya ini sangat hairan dengan kehidupan pemandu teksi ini. Walaupun gaji tidak tetap dan kadangkala tidak mengcukupi, namun dia masih gembira, bahagia dan cukup memberi nafkah kepada keluarga.
Suatu hari ketika si pemandu teksi ingin menghantar orang kaya itu ke tempat kerja, dia singgah ke rumahnya terlebih dahulu. Sebelum masuk ke dalam rumah, si pemandu teksi menggosok-gosok pokok di hadapan rumahnya. Si orang hanya memerhati, selesainya urusan si pemandu teksi, dia menyambung perjalanannya. Si orang kaya bertanya kepada pemandu teksi itu, mengapa kamu menggosok-gosok pokok itu sebelum masuk ke rumah? Lalu si pemandu teksi pun menjawab. Aku telah menggantungkan segala masalah saya di pokok itu, masalah dengan pelanggan dan penghuni jalan raya dan juga masalah dengan kekurangan pendapatan pada hari-hari bekerja.Aku merasa tenang dan gembira apabila masuk ke rumah berjumpa dengan keluargaku.
Banyak kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan cerita ini:
- Pemandu teksi itu bergantung kepada pokok dan memujanya
- Pemandu teksi itu bercerita masalah kepada pokok dan menjadikannya teman tempat luahan
- Pemandu teksi itu menggunakan kaedah psikologi kepada diri sendiri dengan menggunakan pokok sebagai tempat memujuk diri dan meluah masalah.
- DLL
Masih banyak kesimpulan dan andaian yang boleh dilakarkan. Namun kita
yang berpegang teguh kepada akidah pasti memastikan Allah lah
sebaik-baik tempat kita bergantung dan mengadu. Namun tidak salah
sekiranya kita menjadikan diri kita menjadi positif dengan melakukan apa
sahaja yang memainkan psikologi diri tanpa melanggar syariat. Jadikan
ia sebagai alat untuk kita mendekatkan diri kepada Allah bukan semakin
jauh daripada Allah...
Posting Komentar